Imam Al-Ghazali

Abu Hamid al-Ghazali

Image result for imam al ghazali

Pengenalan

Abu Hamid Al-Ghazali atau nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Muhammad Ibn Muhammad Ibn Ahmad. Gelaran Al-Ghazali diberikan bersempena nama tempat lahir beliau iaitu Ghazalah di Tus, Iran. Beliau dilahirakan pada tahun 1058M/450H dan wafat pada tahun 1111M/505H di Tabran, Tus Empayar Saljuk.



Antara rahsia-rahsia kejayaan Imam Al-Ghazali sehingga beliau dikenali sebagai al-mujaddid semasa kurun beliau adalah:


Sentiasa utamakan Allah dalam hidup beliau

Imam Al-Ghazali sangat patuh pada perintah Allah SWT. Beliau sudah dididik dari kecil oleh bapanya supaya sentiasa taat pada perintah Allah SWT dan meninggalkan larangannya. Sejak kecil, bapa beliau menanamkan azam supaya Imam Al-Ghazali membesar menjadi seorang ulama' besar yang menjadi petunjuk kepada orang ramai. Akhirnya, beliau menjadi ulama' dan merupakan rujukan orang ramai semasa di zaman beliau kerana beliau begitu arif dalam pelbagai bidang.

Sangat Mencintai Ilmu

Imam Al-Ghazali telah dipupuk dengan sifat mencintai ilmu sejak beliau kecil lagi oleh bapanya. Beliau telah mendalami pelbagai ilmu yang dipelajari dari pelbagai guru. Antara guru beliau ialah  As Syeikh Ahmad bin Muhammad ArRazakani. Ilmu yang Imam Al-Ghazali pelajari dari beliau ialah ilmu hisab, ilmu feqh, ilmu nahu dan kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan menghafal Al-Quran. Beliau amat meminati ilmu feqh dan perundangan Islam. Beliau juga sangat meminati ilmu tasawwuf sehingga beliau menjadi ulama besar tasawwuf pada zaman beliau sehingga beliau mampu menulis beberapa buah kitab antaranya Ihya' Ulumuddin dan Bidayatul Hidayah. Kitab tersebut masih lagi menjadi rujukan para ulama' sehingga ke hari ini.


Menjadi Seorang Yang Zuhud

Imam Al-Ghazali merupakan seorang ulama' yang zuhud. Beliau sering memberikan harta beliau kepada orang lain kerana zuhudnya beliau. Sehingga di akhir hayat beliau, beliau tetap menginfakkan harta-harta beliau pada jalan Allah SWT. Antara sebab beliau ingin menjadi zuhud adalah kerana beliau takut harta tersubut akan menghisab beliau di akhirat kelak kerana tidak diinfakkan di jalan-Nya. Beliau juga tidak mahu sibuk dengan harta yang banyak kerana akan menyebabkan beliau sibuk dengan hal dunia dan lalai kepada kepada perintah Allah SWT.


Comments

Popular posts from this blog

Jabir Ibn Hayyan

Al-Khawarizmi