Jabir Ibn Hayyan

Abū Musā Jābir ibn Hayyān Al Barqi Al Azdi

Image result for jabir ibn hayyan

Abu Musa Jabir ibn Hayyan atau lebih dikenali sebagai jabir ibn hayyan merupakan salah seorang tokoh islam yang terkenal pada zaman Abbasiyyah. Pelbagai sumbangan telah beliau sumbangkan terutama dalam bidang kimia serta bidang astronomi sehingga masih diguna pakai pada hari ini. Makmal jabir ibn hayyan telah menjadi terkenal selama beberapa abad dan kemasyhuran beliau telah diabadikan di dalam 100 buah buku ilmiah serta 22 buah darinya adalah berkaitan kimia.

Oleh itu, antara rahsia kejayaan mereka ialah :   


Sifat tauhid kepada yang tinggi

Oleh kerana sifat tauhid yang tinggi, jabir ibn hayyan seringkali mengaitkan tentang kejadian alam apabila beliau menerangkan tentang ilmu astronomi. Seperti yang kita ketahui, ahli-ahli astronomi barat seringkali mengaburkan mata dunia dengan teori kejadian alam yang terjadi dengan sendirinya. Tetapi bagi ibn Hayyan, alam ini terjadi dengan kekuasaan Allah. Hanya Allah sahaja yang mampu menciptakan dan mematikan setiap makhluk di dunia ini. 


Sifat rajin yang tak terkira

Jabir ibn Hayyan selalu mengulangkaji kitab-kitab yang terdahulu bagi menambah ilmu pengetahuannya. Sifat ini perlu ada didalam diri setiap pelajar untuk mencapai kejayaan.
Antara buku-buku yang dibaca oleh ibn Hayyan ialah buku-buku daripada tamadun-tamadun yang lain serta kitab-kitab tamadun terdahulu.


Jauh merantau, luas pemandangan

Jabir ibn Hayyan banyak mengembara bagi mengembangkan ilmu pengetahuannya. Ada pendapat yang mengatakan beliau telah mengembara ke dunia kufa dan ada setengah mengatakan bahawa beliau merantau ke syria bagi menjalankan penyelidikannya.  


Oleh itu, terdapat banyak rahsia yang boleh kita amik untuk diamalkan dalam hidup kita. Sebagai pelajar, menuntut ilmu adalah satu kewajipan dan kita seharusnya berusaha untuk memajukan diri sendiri serta membangunkan umat islam di mata dunia.


Comments

Popular posts from this blog

Al-Khawarizmi

Imam Al-Ghazali