Imam Al-Ghazali
Abu Hamid al-Ghazali Pengenalan Abu Hamid Al-Ghazali atau nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Muhammad Ibn Muhammad Ibn Ahmad. Gelaran Al-Ghazali diberikan bersempena nama tempat lahir beliau iaitu Ghazalah di Tus, Iran. Beliau dilahirakan pada tahun 1058M/450H dan wafat pada tahun 1111M/505H di Tabran, Tus Empayar Saljuk. Antara rahsia-rahsia kejayaan Imam Al-Ghazali sehingga beliau dikenali sebagai al-mujaddid semasa kurun beliau adalah: Sentiasa utamakan Allah dalam hidup beliau Imam Al-Ghazali sangat patuh pada perintah Allah SWT. Beliau sudah dididik dari kecil oleh bapanya supaya sentiasa taat pada perintah Allah SWT dan meninggalkan larangannya. Sejak kecil, bapa beliau menanamkan azam supaya Imam Al-Ghazali membesar menjadi seorang ulama' besar yang menjadi petunjuk kepada orang ramai. Akhirnya, beliau menjadi ulama' dan merupakan rujukan orang ramai semasa di zaman beliau kerana beliau begitu arif dalam pelbagai bidang. Sangat Mencintai Ilmu Im...