Posts

Perbezaan antara Sains Islam dan Sains Barat

Image

Imam Al-Ghazali

Image
Abu Hamid al-Ghazali Pengenalan Abu Hamid Al-Ghazali atau nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Muhammad Ibn Muhammad Ibn Ahmad. Gelaran Al-Ghazali diberikan bersempena nama tempat lahir beliau iaitu Ghazalah di Tus, Iran. Beliau dilahirakan pada tahun 1058M/450H dan wafat pada tahun 1111M/505H di Tabran, Tus Empayar Saljuk. Antara rahsia-rahsia kejayaan Imam Al-Ghazali sehingga beliau dikenali sebagai al-mujaddid semasa kurun beliau adalah: Sentiasa utamakan Allah dalam hidup beliau Imam Al-Ghazali sangat patuh pada perintah Allah SWT. Beliau sudah dididik dari kecil oleh bapanya supaya sentiasa taat pada perintah Allah SWT dan meninggalkan larangannya. Sejak kecil, bapa beliau menanamkan azam supaya Imam Al-Ghazali membesar menjadi seorang ulama' besar yang menjadi petunjuk kepada orang ramai. Akhirnya, beliau menjadi ulama' dan merupakan rujukan orang ramai semasa di zaman beliau kerana beliau begitu arif dalam pelbagai bidang. Sangat Mencintai Ilmu Im...

Ibnu Sina

Image
Ibnu Sina atau Avicenna di Barat adalah seorang ilmuan ulung Islam yang mengubah bidang perubatan dunia. Nama penuh beliau adalah Abu Ali al-Husayn ibn Abd Allah ibn Sina.  Ibnu Sina dilahirkan sekitar tahun 980 A.D. di sebuah kampung di Afshana yang pada hari ini terletak di negara Uzbekistan. Namun, pada ketika beliau dilahirkan, kawasan berkenaan adalah sebahagian daripada dinasti Farsi.  Ketika berusia 16 tahun, Ibnu Sina mempelajari bidang perubatan, dan hanya 2 tahun kemudian, beliau berjaya menjadi seorang pengamal perubatan bertauliah yang dihormati.  Terdapat pelbagai buku yang ditulis oleh beliau antara kejayaan beliau adalah penulisan kitab 'Al-Qanoon fi al-Tibb' atau dalam bahasa Inggeris 'The Canon of Medicine'.Ibnu Sina juga banyak mencipta bahan-bahan bedah yang sesetengahnya masih lagi digunakan sehingga ke hari ini.  Kejayaan beliau ini bukanlah perkara yang mudah untuk dicapai tanpa usaha atau amalan yang tulus hanya kerana Allah. Antar...

Imam Syafi'i

Image
Rahsia Kejayaan Tokoh-tokoh zaman Terdahulu Jika kita selidik kerajaan- kerajaan islam, banyak yang kita boleh kagum dengan kehebatan masyarakat islam yang terdahulu tentang bagaimana mereka mengecapi kejayaan disamping mendapat keredhaan Allah.. Tentu kita tertanya-tanya bagaimana mereka boleh berjaya didunia dan diakhirat. Berikut merupakan rahsia kejayaan tokoh-tokoh islam yang terkenal: Abū ʿAbdullāh Muhammad ibn Idrīs al-Shāfiʿī Dengan gelaran lain yang lebih dikenali ramai sehingga kini iaitu Imam Syafi'i   Dahagakan Ilmu  Beliau adalah seoarang yang sentiasa mencari ilmu walau dimana sekalipun kerana semangat beliau untuk belajar yang tidak pernah terhenti-henti. Beliau sanggup merantau sejauh ke Madinah untuk berguru dengan Imam Malik walaupun tempat kelahiran beliau di Gaza Palestin. Semanagat beliau untuk menimba ilmu ini juga boleh dilihat ketika beliau kecil dimana beliau mencari apa-apa bahan untuk dijadikan sebagai tempat tulis seperti ...

Jabir Ibn Hayyan

Image
Abū Musā Jābir ibn Hayyān Al Barqi Al Azdi Abu Musa Jabir ibn Hayyan atau lebih dikenali sebagai jabir ibn hayyan merupakan salah seorang tokoh islam yang terkenal pada zaman Abbasiyyah. Pelbagai sumbangan telah beliau sumbangkan terutama dalam bidang kimia serta bidang astronomi sehingga masih diguna pakai pada hari ini. Makmal jabir ibn hayyan telah menjadi terkenal selama beberapa abad dan kemasyhuran beliau telah diabadikan di dalam 100 buah buku ilmiah serta 22 buah darinya adalah berkaitan kimia. Oleh itu, antara rahsia kejayaan mereka ialah :    Sifat tauhid kepada yang tinggi Oleh kerana sifat tauhid yang tinggi, jabir ibn hayyan seringkali mengaitkan tentang kejadian alam apabila beliau menerangkan tentang ilmu astronomi. Seperti yang kita ketahui, ahli-ahli astronomi barat seringkali mengaburkan mata dunia dengan teori kejadian alam yang terjadi dengan sendirinya. Tetapi bagi ibn Hayyan, alam ini terjadi dengan kekuasaan Allah. Hanya Allah sahaja...

Al-Khawarizmi

Image
Abu Abdullah Muhammad Bin Musa al-Khawarizmi      Setiap individu pastinya mempunyai matlamat dan hala tuju yang ingin dicapai dalam kehidupan masing-masing. Namun, bagi mencapai kejayaan dalam matlamat tersebut bukanlah suatu perkara yang mudah dan memerlukan pengorbanan yang besar dari pelbagai aspek seperti masa, keluarga dan juga hubungan sesama manusia dan Allah SWT. Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi atau lebih dikenali sebagai al-Khawarizmi merupakan salah seorang tokoh dalam bidang matematik dan astronomi yang paling berjaya semasa zaman keemasan Kerajaan Islam. Disebalik kejayaan yang berjaya dikecapi beliau tersimpan seribu satu rahsia ke atas sumbangan yang berjaya diberikan oleh beliau.      Antara rahsia terbesar kejayaan beliau ialah dengan sentiasa bersikap rendah diri dan mengetahui akan potensi yang ada di dalam diri beliau. Meskipun beliau mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang serta mempunyai ilmu yang tinggi, b...